Tuesday, 23 August 2011

Tanda K.A.F.I.R. Pada Dajjal Sudah Muncul?(oleh Ibnuyaacob)

Seorang bekas Pegawai Kanan Tentera Laut Amerika, iaitu Texe Marrstelah membuat suatu kajian mengenai hadith Rasulullah SAW yang berikut;

1. Dari Annas رضي الله عنه, berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
…ألا إنه أعور وإن ربكم ليس بأعور وإن بين عينيه مكتب كافر فيه
…Ketahuilah sesungguhnya dia (Dajjal) buta sebelah sedangkan Rabb kalian tidak buta.Dan sesungguhnya diantara kedua matanya tertulis KAFIR.(HR.Bukhari)
2. Dalam riwayat lain disebutkan :
ثم تهجاها (ك ف ر) يقروه كل مسلم
“…Kemudian mengejanya (Kaf , Fa , Ra) semua Muslim dapat membacanya.”(HR.Muslim dalam shahihnya kitab Fitan (18/59-SyarhImam Nawawi)
Menurut kajian Marrs, KAFIR yang dimaksudkan Rasulullah adalah suatu simbolik dan perlu diteliti dengan mendalam. Marrs berpendapat KAFIR yang dimaksudkan adalah pertubuhan CFR yang diasaskan pada 1921 di Washington, Amerika Syarikat. Marrs juga amat yakin dengan kajiannya kerana dia juga adalah bekas pegawai kanan tentera Amerika dan telah melihat pelbagai perancangan-perancangan rahsia kerajaan Amerika.
 logo pertubuhan CFR
Marrs telah membuat soal-selidik dalam webnya dengan meletakkan soalan berkenaan Dajjal ini seperti berikut:
15. In the Islamic religion the antichrist is said to be a one-eyed lying false Christ with what letters marked on his forehead?
A. D-E-V-I-L B. C.F.R. C. J-E-S-U-S D. M-O-S-E-S
Jawapannya : B
Berikut adalah keserasian huruf Kaf…Faa..Ra… dengan CFR.
Kaaf (Arab) = C (Inggeris) – dalam Inggeris konsonan “C” berbunyi seperti “K” apabila dibaca
Faa (Arab) = F (Inggeris) – vokal huruf Faa sama dengan Inggeris huruf ‘F’
Raa (Arab) = R (Inggeris) – vokal huruf ‘Raa’ sama dengan vokal Inggeris huruf ‘R’
Maka, KaFiR = CFR
(Gambar) Richard N. Haas, Presiden CFR, berbangsa Yahudi
CFR adalah singkatan daripada Council on Foreign Relationship yang beribu pejabat di Washington, Amerika Syarikat. Pertubuhan CFR ditubuhkan pada 1921 iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Pertubuhan ini adalah pertubuhan NGO orang-orang Yahudi terbesar yang berselindung disebalik matlamat kebajikan masyarakat.
Apa yang menyebabkan Texe Marrs mengatakan CFR adalah tanda Dajjal (antichrist)? Marrs amat yakin dengan kajiannya kerana semua ahli-ahli CFR adalah terdiri daripada presiden-presiden Amerika sejak 1920-an hingga sekarang. Selain itu, ia juga dianggotai oleh billionaire-bllionaire berbangsa Yahudi seperti Rockefeller dan Rotschild.
Semenjak penubuhan CFR pada 1921, dilihat dasar luar Amerika mula berubah. Antaranya ialah menyokong penubuhan negara Israel, membantu perpindahan masyarakat Yahudi ke Israel, penindasan Palestin, perang dunia kedua dan sebagainya.
Hatta, PBB juga ditubuhkan oleh ahli-ahli CFR yang berjawatan penting dalam kementerian eksekutif di Amerika. Dan perkara yang paling disyaki ialah sebelum berlakunya sesuatu peperangan ahli-ahli CFR akan bermesyuarat secara sulit di hotel-hotel terkemuka milik orang-orang Yahudi. Perkara ini dapat dilihat pada beberapa hari sebelum tercetusnya Perang Iran-Iraq, Perang Teluk 1991, Perang Afghanistan, Perang Iraq dan terbaru ialah perang menentang Iran yang sedang di rancang.
CFR disyaki sebagai bayangan kepada pertubuhan Illuminati. Untuk mengkaburi mata masyarakat, CFR berkempen mempamerkan sifat kebajikannya terhadap isu-isu antarabangsa. Perkara-perkara ini, anda boleh baca di laman web rasminya . Di laman ini anda akan melihat bagaimana artikel-artikel politik yang mengelirukan maklumatnya. Anda juga akan melihat bagaimana terdapat 2 orang Islam yang menganggotai CFR sebagai Manager Director iaitu Fouad Ajami dan Farid Zakaria. Kedua-duanya penyokong penuh Amerika semasa berperang dengan Iraq dan mereka juga individu yang menulis artikel-artikel menghasut orang Arab menyokong dasar luar Amerika.
Menurut Myron Fagon dalam bukunya yang bertajuk “Pawn In The Game”, matlamat akhir CFR ialah One World Government. Matlamat ini semakin tercapai apabila tertubuhnya PBB selepas perang dunia ke-2. Jika diteliti betul-betul, PBB sebenarnya dikuasai oleh Majlis Keselamatan yang dianggotai 7 negara kuasa nuklear termasuk Jepun.
Mesyuarat Majlis Keselamatan pula tidak dihadiri oleh Presiden setiap negara tetapi dihadiri oleh Menteri-Menteri Luar Negeri (Foreign Minister) untuk memutuskan sesuatu perkara. Dan yang paling membimbangkan sekarang ialah semua menteri-menteri luar negeri itu adalah ahli bagi CFR sekarang ini.
Dan amat logik sekiranya Iran tidak dibenarkan mempunyai nuklear, kerana ia akan mengimbang kuasa dunia Islam dan Barat. Iran tak mungkin diambil sebagai ahli Majlis KEselamatan kerana ia akan menganggu matlamat CFR yakni Dajjal.
Kaedah akhir CFR melalui ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB ialah, para ahli-ahli majlis akan mencadangkan kepada dunia melalui suatu persidangan tentang perlunya semua kerajaan disatukan. Tujuannya supaya tidak lagi berlaku perbalahan antara dunia barat dan dunia Islam. Jika cadangan ini benar-benar muncul, agak anda siapakah yang akan dilantik menjadi Presiden Besar mengetuai semua kerajaan-kerajaan dunia nanti ?
Sejauh Mana Penguasaan CFR terhadap Negara Dunia?
Untuk menguasai dunia, CFR harus mempunyai ahli-ahli dikalangan negara Islam untuk membantu mencapai matlamat One World Government yang dibentuk pada 1784 di Perancis. Caranya ialah menubuhkan suatu lagi NGO yang dianggotai hanya oleh menteri-menteri dan billionaire-billionaire. Pertubuhan itu ialah Trilateral Commission.
Ahli-ahli TC adalah terhad dan tidak boleh dianggotai oleh semua orang. Ianya diasaskan oleh orang yang sama iaitu David Rockefeller 1973. Anggota TC meliputi semua korporat seluruh dunia, antaranya ialah Presiden Bank Dunia, Presiden Toyota, Presiden Panasonic, Presiden Fuji Xerox, bekas Penasihat Politik Presiden Indonesia (mungkin sebelum Bambang Susilo dan termasuk 2 orang Tan Sri dari Malaysia berstatus billionaire.
Pendedahan Maklumat Sulit CFR dan Trilateral Commission
Masyarakat barat dikurniakan Allah sifat suka mengkaji dan menyelidik, dan sekarang ini terdapat beratus-ratus laman web yang mendedahkan gerakan sulit tajaan Dajjal iaitu CFR, Trilateral, BilderbergSkull and BonesNew World OrderIlluminati dan sebagainya. Salah seorang rakyat Amerika yang terkenal Alex Jones (pengarah filem) mendedahkan banyak maklumat tentang gerakan Yahudi di Amerika. Pendedahannya di luar batasan yang dibenarkan sehingga ia ditahan oleh pihak berkuasa Amerika.
Kesimpulannya, adakah pertubuhan-pertubuhan ini ditubuhkan secara kebetulan? mengapa setiap pengasas pertubuhan ini adalah dari keluarga yang sama iaitu cucu-cicit Rotschild dan Rockefeller? Jika anda peminat setia buku Muhammad Isa Dawud, anda pasti jumpa jawapannya dalam bukunya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”.
wallahu’alam…